QUETTA: Pemerintah Pakistan menggantung perkhidmatan data telefon bimbit di seluruh wilayah bergolak Balochistan selama tiga minggu bagi menghalang komunikasi kumpulan pemberontak pemisah yang didakwa menjadi dalang peningkatan serangan kebelakangan ini.
Perintah penggantungan yang dikeluarkan pada 6 Ogos itu menyatakan langkah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos ini, dengan alasan “keadaan undang-undang dan ketenteraman” di wilayah yang kaya dengan hasil mineral...





