Kerajaan Johor melalui Invest Johor dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) telah mengadakan perbincangan strategik bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi memperkukuh agenda ekonomi digital negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Encik Lee Ting Han, berkata MDEC sebagai agensi utama negara dalam memacu ekonomi digital memainkan peranan penting dalam aspek pelaburan digital, pembangunan bakat...





