BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa negaranya berhasrat mengambil alih sepenuhnya kawalan ke atas Gaza, walaupun menerima amaran daripada pihak tentera sendiri bahawa langkah itu boleh membahayakan tebusan serta meningkatkan angka kematian rakyat Palestin.
Namun, beliau menafikan hasrat untuk mengekalkan pemerintahan kekal di wilayah berkenaan. “Kami tidak mahu mengekalkannya. Kami tidak mahu mentadbirnya. Kami mahu menyerahkannya kepada pasukan...





