JOHOR BAHRU: Pemimpin yang membandingkan pemimpin wanita dengan haiwan boleh disaman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Justeru, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, semua pihak perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.





