Siri gangguan yang menjejas sistem kereta api Singapura sejak beberapa bulan kebelakangan ini adalah “mengecewakan”, dan industri pengangkutan awam “boleh dan akan berusaha lebih baik”, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow.
Dalam satu hantaran Facebook pada 6 Ogos selepas perkhidmatan MRT di Laluan Timur-Barat disambung semula berikutan gangguan perkhidmatan selama lima jam, Encik Siow berkata gangguan tersebut telah berlaku...





