SEOUL: Bekas wanita pertama Korea Selatan, Cik Kim Keon Hee, tampil buat pertama kali di hadapan pendakwa khas pada 6 Ogos untuk disoal siasat berkaitan pelbagai tuduhan serius termasuk manipulasi saham, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Sesi siasatan yang bermula sekitar jam 10 pagi itu berkemungkinan membawa kepada permohonan waran tangkap terhadap Kim. Jika diluluskan, ia akan mencatat sejarah sebagai kali...





