KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) sedang berunding dengan Barisan Nasional (BN) dan juga Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mencapai kata sepakat untuk mengelak pertembungan di antara tiga gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga Pengerusi PH, berkata persefahaman itu cuba dilaksanakan bagi memastikan ketiga-tiga gabungan berkenaan dapat bekerjasama menghadapi pilihan...





