BANGKOK: Kemboja menggesa Thailand supaya segera memulangkan 20 anggota tenteranya yang didakwa ditawan selepas gencatan senjata dimeterai pada 29 Julai, susulan lima hari pertempuran sengit yang meragut sekurang-kurangnya 43 nyawa dan memaksa lebih 300,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Cik Maly Socheata, berkata askar itu ditangkap sekitar 7.50 pagi pada hari gencatan senjata mula berkuat kuasa, hampir...





