Tinggal sebulan lebih sahaja sebelum Cik Rumaizah Abdul Raof, 29 tahun, dan suaminya, Encik Mohd Aashiq Anshad, 30 tahun, dijadual berangkat ke Pakistan untuk percutian pertengahan tahun mereka pada Jun 2025.
Sayangnya, percutian yang sudah dirancang enam bulan lebih awal itu terpaksa dibatalkan apabila konflik sempadan dan penutupan ruang udara melanda negara tersebut.





