RAMALLAH: Presiden Penguasa Palestin (PA), Encik Mahmoud Abbas menyifatkan pengumuman bersama sekumpulan negara yang menyokong pengiktirafan terhadap negara Palestin sebagai satu langkah bersejarah, sekali gus memperkukuh komitmen antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara.
Dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita rasmi Palestin, Wafa, Encik Abbas memuji ketegasan negara sahabat yang menyokong hak Palestin untuk merdeka dan hidup berdampingan secara aman bersama...





