BANGKOK: Thailand menuduh Kemboja melanggar terang-terangan perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui sehari sebelumnya, selepas pasukan tenteranya diserang oleh pasukan Kemboja di wilayah Sisaket, berhampiran sempadan kedua-dua negara.
Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan menyatakan bahawa “tentera kami diserang dengan senjata api ringan dan bom tangan oleh pasukan Kemboja” dalam kejadian yang berlanjutan sehingga pagi 30 Julai.





