Sejak persiapan sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) bermula pada Mei, hujung minggu untuk Kolonel (Kerahan) Halmie Hussein Mattar sekeluarga menjadi lebih sibuk dan berharga.
Sebagai Pengerusi Perayaan Kejiranan NDP 2025 bagi Bukit Gombak dan Yishun, Kolonel Halmie dan pasukannya, yang ditugaskan menganjurkan acara itu, telah bekerja keras untuk mengaturkan aktiviti dan persembahan untuk memeriahkan suasana yang biasanya dirasakan oleh penonton...





