BANGKOK: Tentera Thailand mendakwa Kemboja telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang baru dimeterai antara kedua-dua negara, apabila pertempuran dilaporkan masih berterusan di kawasan sempadan hutan yang menjadi pertikaian.
Jurucakap tentera Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suwaree, dalam satu kenyataan rasmi berkata: “Ketika perjanjian itu mula berkuat kuasa, pihak Thailand mengesan bahawa tentera Kemboja telah melancarkan serangan bersenjata ke beberapa kawasan dalam...





