Kelas madrasah mingguan ataupun program aLIVE telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan merentasi pelbagai peringkat umur, dengan kanak-kanak menjadi lebih berdisiplin dalam menunaikan solat harian serta semakin yakin dalam meluahkan keimanan mereka.
Kesan positif juga dilihat dalam kalangan peserta belia yang antaranya, didapati memperoleh kemahiran praktikal untuk menangani isu kontemporari daripada perspektif Islam dan memainkan peranan kepimpinan dalam keluarga, kata Pemangku...





