LONDON: Kempen musim 2025-26 akan menjadi musim kedua Manchester United tidak menyertai sebarang kejohanan Eropah sejak kelab-kelab Britain digantung oleh Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) pada era 1980-an susulan tragedi Stadium Heysel.
Ketiadaan bola sepak Eropah di Old Trafford pada musim akan datang berpunca daripada keputusan liga yang mengecewakan apabila United menamatkan liga musim lalu di tangga ke-15 serta kekalahan...





