ISKANDAR PUTERI (Johor): Sebuah treler dengan muatan bahan kimia dilaporkan terhumban ke laut dalam kemalangan di jambatan Linkedua, Lebuhraya Plus, dari Singapura ke Johor, pada petang 24 Julai.
Sebelum kejadian, treler membawa muatan bahan kimia itu dilaporkan sedang berhenti di bahagian kiri jalan akibat kerosakan tayar sebelum dilanggar treler lain. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya M Kumarasan, berkata...





