RIYADH: Menteri Pelaburan Arab Saudi mengetuai delegasi perniagaan ke Syria pada 22 Julai bagi menandatangani perjanjian bernilai sekitar AS$4 bilion ($5.1 bilion) sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong pemulihan negara itu selepas dilanda perang.
Kerajaan negara Teluk itu telah menjadi penyokong penting pemerintah Syria baru di bawah Presiden Sementara Syria, Encik Ahmed al-Sharaa, yang berkuasa selepas menggulingkan rejim Bashar al-Assad...





