RIAU: Kebakaran hutan dan tanah gambut yang semakin memburuk di wilayah Riau dan Sumatera, telah memusnahkan ratusan hektar kawasan, ketika usaha pemadaman berdepan cabaran akibat cuaca panas terik dan angin kencang, lapor portal berita Riau Online.
Antara kawasan terjejas termasuk Pekanbaru, Bengkalis, Rokan Hulu, Rokan Hilir dan Pelalawan. Menurut data Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), sebanyak 1,208 titik panas...





