Infrastruktur penting Singapura kini menghadapi serangan siber dari kumpulan penggodam dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk menangani serangan tersebut, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.
Serangan kumpulan penggodam ancaman lanjut berterusan (APT) yang dipanggil UNC3886 tersebut menimbulkan ancaman serius bagi Singapura dan berpotensi menjejas keselamatan negara, kata Encik Shanmugam, semasa mendedahkan perkara...





