Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru membidas kenyataan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Johor Bahru yang menurut mereka bersifat retorik dan berasaskan tafsiran dangkal terhadap angka pertumbuhan ekonomi negeri Johor.
Ketua Penerangannya, Encik Syarul Adam Rahmatullah, berkata kenyataan yang dikeluarkan Armada bukan sahaja menyimpang daripada fakta sebenar, malah memperlihatkan kelemahan dalam memahami perbezaan antara kemajuan ekonomi dengan agihan manfaat...





