WASHINGTON: Rumah Putih pada 17 Julai memaklumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengalami pembengkakan pada bahagian bawah kaki serta lebam di tangan kanannya, selepas gambar yang menunjukkan pergelangan kakinya bengkak dan solekan menutupi bahagian tangan yang terjejas tersebar.
Jurucakap Rumah Putih, Cik Karoline Leavitt, membacakan surat daripada doktor peribadi Encik Trump semasa sidang media, dan menyatakan kedua-dua masalah...





