DAMSYIK: Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan tegas mengecam serangan udara terbaru Israel ke atas wilayah Syria, sambil mengulangi sokongan padu terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah negara tersebut serta menolak campur tangan asing yang hanya akan menambah penderitaan rakyat Syria.
Setiausaha Agung GCC, Jassem Albudaiwi, dalam satu kenyataan rasmi pada Rabu, menyifatkan tindakan Israel itu sebagai “pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan Syria...





