Merumitkan sistem Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dengan mengambil kira keperluan dan keadaan kumpulan berbeza mungkin menyebabkannya tidak dapat dilaksanakan, kata Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong pada 16 Julai.
Sebaliknya, pemerintah telah memastikan bahawa setiap orang mempunyai akses kepada pengangkutan yang berpatutan dan cekap, walaupun mereka tidak memiliki kereta, tambahnya.





