BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dijadualkan memberi keterangan di mahkamah pada 16 Juali bagi membela diri terhadap tuduhan memfitnah institusi diraja, dalam satu perbicaraan penting yang bakal menentukan masa depan dinasti politik keluarganya yang kini goyah.
Jika didapati bersalah, Encik Thaksin berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dalam perbicaraan tertutup yang berlangsung di Bangkok.





