Biarpun rutin hariannya padat antara menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga dan perniagaan, Mira Filzah, 32 tahun, meluahkan rasa syukur bahawa dirinya masih diberi kepercayaan untuk menggalas watak utama dan berat dalam drama rantaian.
Atas kepercayaan diberi, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, mengambil inisiatif mengikuti kelas lakonan kendalian beberapa artis berpengalaman, bagi meningkatkan kemahiran dan menggilap lagi bakat...





