JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan sindiket penipuan seks dan pemerasan dalam talian menyusuli tangkapan sembilan individu termasuk dua wanita dan remaja di sekitar Johor Bahru dan Kulai, Johor.
Dalam serbuan ‘Op Bugil’ yang dijalankan antara 20 Jun hingga 1 Julai lalu di dua kawasan itu, tujuh lelaki dan dua wanita ditahan, yang semuanya warga tempatan berusia 17 hingga 50 tahun.





