Beberapa hospital utama di Johor Bahru kini berdepan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius, sekali gus menjejas mutu perkhidmatan dan kesejahteraan petugas barisan hadapan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata keadaan itu dikesan sendiri semasa beliau mengadakan lawatan mengejut bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, ke Hospital Sultan Ismail (HSI), iaitu...





