Sanjungan yang diberi kepada seniman agung, Tan Sri P. Ramlee, terus bertali arus, dengan jasanya tidak terkubur begitu sahaja meskipun Allahyarham telah 52 tahun meninggalkan persada seni.
Ikon sepertinya dengan mahakarya dalam bentuk filem dan lagu wajar disanjung sebagai cetusan inspirasi, khususnya buat generasi muda yang hanya mengenalinya menerusi filem terkenal seperti Bujang Lapok, Madu Tiga, Nujum Pak Belalang, Ibu...





