Syarikat Singapura akan dapat memanfaatkan satu geran baru untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran tarif baru, menurut Pasukan Petugas Daya Tahan Ekonomi Singapura (Sert).
Geran Penyesuaian Perniagaan, yang akan dilancarkan menjelang Oktober, akan dihadkan pada $100,000 bagi setiap syarikat dan memerlukan pembiayaan bersama oleh syarikat, kata Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi, Dr Tan...





