Satu kertas akademik yang disediakan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) telah dikeluarkan daripada kajian semula setara (peer review) selepas didapati mengandungi arahan tersembunyi kepada sistem kecerdasan buatan (AI) yang bertujuan menghasilkan ulasan positif.
Arahan itu disembunyikan di penghujung kertas dalam teks berwarna putih, menjadikannya tidak kelihatan pada mata kasar, namun boleh dikesan oleh sistem AI seperti ChatGPT...





