BANGKOK – Raja Thailand dijadual melantik barisan kabinet baru pada 3 Julai dalam satu rombakan yang bakal menyaksikan individu ketiga dalam tempoh seminggu mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kekacauan politik ini bermula pada 1 Julai apabila Mahkamah Perlembagaan menggantung Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra daripada jawatannya sementara siasatan berhubung pelanggaran etika menteri dijalankan – satu proses yang dijangka mengambil masa...





