WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat yang diketuai Republikan meluluskan Rang Undang-undang dasar domestik Presiden Donald Trump pada 1 Julai dengan margin paling kecil di sebalik pemotongan kebajikan yang besar dan hutang negara mencecah AS$3 trilion (S$3.8 trilion).
Pemimpin Republikan bergelut untuk menyokong semasa sesi pindaan di tingkat Senat, ketika Demokrat menampilkan berpuluh-puluh cabaran kepada aspek yang paling memecah-belahkan pakej itu.





