SHAH ALAM (Selangor): Polis menumpaskan kegiatan sindiket memproses cecair rokok elektronik atau ‘vape’ dan jus yang mengandungi dadah dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Selangor akhir Jun lalu, dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM27 juta ($8.19 juta).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata jumlah dadah yang dirampas itu mampu diedarkan kepada 3 juta penagih jika terlepas...





