ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengesan 18 kes membabitkan penumpang bas ekspres dan bas persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika operasi khas, semalam.
Pengarah JPJ Kedah, Encik Stien Van Lutam berkata dalam operasi itu, pihaknya melakukan pemeriksaan membabitkan 18 bas. 14 daripadanya bas ekspres, manakala empat lagi bas persiaran, lapor Harian Metro.





