Batas umur untuk penderma darah kali pertama di Singapura akan dinaikkan daripada 60 kepada 65 tahun mulai 1 Januari 2026, sesuai dengan peningkatan jangka hayat dan orang ramai didapati lebih kuat pada usia senja mereka.
Bertujuan menambah kumpulan penderma darah, langkah itu dibuat di tengah-tengah data tempatan yang menunjukkan reaksi kurang baik penderma, seperti pengsan dan pening, berkurangan dalam kalangan...





