Hati Datuk Seri Siti Nurhaliza sering berkata-kata: “Takkan sampai bila-bila nak menyanyi? Maka perlulah ada rancangan lain yang dapat dijadikan sandaran kalau bersara daripada bidang seni suara kelak.”
Lantaran itu, selain membangunkan perniagaan produk dandanan, makanan sampingan dan kesihatan serta tudung dan busana, Siti, 46 tahun, membuka syarikat pengurusan artis, SN Legacy Sdn Bhd.





