Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) terus mendapat sambutan positif daripada pelabur antarabangsa apabila Kerajaan Johor memeterai kerjasama strategik bersama dua pemain utama dari rantau Asia – OCBC Group dan syarikat teknologi Jepun, NEOJAPAN Inc.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi OCBC membuka peluang besar bagi memperkukuh ekosistem pembiayaan, pelaburan dan pengembangan industri...





