Selepas beberapa percubaan yang hampir membuahkan kejayaan, pasukan sukan elektronik (e-sukan) yang berpangkalan di Singapura, Paper Rex, akhirnya berjaya merangkul trofi antarabangsa utama.
Pasukan yang sebahagian besar terdiri daripada pemain Asia Tenggara itu muncul juara dalam final Valorant Masters Toronto setelah mengejutkan pasukan pilihan, Fnatic, dengan keputusan 3-1 di Enercare Centre, Toronto, Canada, pada 22 Jun, sekali gus membawa pulang...





