SHAH ALAM: Umno Bahagian Sembrong bebas menyuarakan pandangan termasuk mencadangkan penarikan balik penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, namun pucuk pimpinan Umno setakat ini belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung perkara itu.
Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata setiap bahagian berhak membawa usul dalam mesyuarat masing-masing, tetapi keputusan berkaitan status keahlian masih terletak di tangan...





