BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Cik Paetongtarn Shinawatra, kini berdepan risiko kehilangan majoriti Parlimen selepas hanya 10 bulan memerintah apabila sekutu penting gabungan pemerintah dijangka menuntut beliau meletak jawatan pada 20 Jun.
Cik Paetongtarn, 38 tahun, puteri kepada jutawan kontroversi dan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, kurang berpengalaman dalam politik. Beliau sedang berusaha memulihkan ekonomi yang suram di tengah tarif tinggi...





