Demi memajukan muzik untuk pasaran Nusantara dan melindungi hak ciptanya, Moro Music Publishing (MMP), cabang penerbitan muzik label Moro Records, telah menjalin kerjasama penting bersama syarikat rakaman terkemuka di Malaysia, Luncai Emas.
Luncai Emas merupakan syarikat yang ditubuhkan pada 1990 dan diasaskan oleh maestro muzik terkenal kelahiran Singapura, Datuk Dr M. Nasir, atau nama sebenarnya, Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67...





