KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara maksimum 40 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah membunuh ibu dan bapanya dalam kejadian tragik di Kampung Sungai Penchala, Damansara, Kuala Lumpur, pada 2023.
Hakim K Muniandy pada 18 Jun memerintahkan tertuduh, Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 44 tahun, menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh ditangkap...





