Kerajaan Johor sedang giat meneroka kerjasama strategik bersama syarikat pengangkutan digital, Grab, dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan dan pengangkutan menjelang penganjuran Tahun Melawat Johor 2026.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata perbincangan bersama pihak Grab pada 17 Jun telah membuka ruang untuk memperhalusi pelbagai daya usaha yang mampu merancakkan ekonomi negeri, khususnya dalam memudahkan pergerakan pelancong tempatan dan...





