Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, telah memberi jaminan kepada kakitangan Jetstar Asia yang terjejas akibat penutupan mengejut syarikat penerbangan itu bahawa mereka tidak bersendirian.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 18 Jun, Encik Ng berkata Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan NTUC serta Kesatuan Pekerja Buruh dan Perdagangan Singapura (SMMWU) telah bekerjasama rapat dengan Singapore Airlines...





