JAKARTA: Pejabat Peguam Negara (AGO) telah merampas lebih 11.88 trilion rupiah (sekitar $936 juta) daripada lima anak syarikat pertanian gergasi, Wilmar Group, yang berpangkalan di Singapura berhubung kes rasuah membabitkan permit eksport minyak sawit mentah (MSM).
Kesemua wang yang dirampas itu adalah daripada syarikat Multimas Nabati Asahan, Multi Nabati Sulawesi, Sinar Alam Permai, Wilmar Bioenergi Indonesia dan Wilmar Nabati Indonesia.





