Tidak hanya terkenal sebagai antara pusat pengeluar arang kayu terbesar di Malaysia, perusahaan arang di Kuala Sepetang, Perak, atau dulunya dikenali sebagai Port Weld semakin rancak menggamit pelancong daripada dalam dan luar negara.
Dianggarkan lebih 120 pengusaha arang masih beroperasi di sekitar Perak, dengan My Charcoal Factory adalah perusahaan arang tertua dan terawal bertapak di Kuala Sepetang sejak tahun 1930,...





