MUAR (Johor): Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 17 Jun atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap remaja perempuan orang kelainan upaya selepas diberi dadah, awal Jun lalu.
Tertuduh Mohamad Shah Zailan Fikri Abdullah, 25 tahun, mengaku bersalah manakala Mohamad Izuan Salleh, 34 tahun, tidak mengaku bersalah, sebaik pertuduhan dikemukakan secara berasingan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor,...





