JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, dijadual berangkat ke Russia pada 18 Jun untuk bertemu dengan Presiden Vladimir Putin dan menghadiri beberapa acara ekonomi penting, sekali gus mengetepikan jemputan menghadiri Sidang Puncak Kumpulan Tujuh (G7) di Canada.
Menurut jurucakap Kementerian Luar, Encik Rolliansyah Soemirat, lawatan ke Russia itu dibuat atas undangan rasmi Presiden Putin sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik...





