PETALING JAYA (Selangor): Pelakon Kamal Adli mendakwa segelintir bakat baru tidak serius ketika menjalani penggambaran, termasuk kurang bergaul dengan pelakon lebih senior.
Bintang filem Takluk: Lahad Datu itu mendakwa pernah mendengar rungutan pelakon lain mengenai sikap acuh tak acuh segelintir bakat baru yang dilihat leka dengan telefon bimbit berbanding meneliti skrip atau memperbaiki mutu lakonan di lokasi penggambaran, lapor BH...





