SHAH ALAM: Bukan hanya faham, malah Cik Nurul Shazreen Shamrin Maniam fasih bertutur dalam bahasa Tamil sejak kecil.
Cik Nurul Shazreen, 28 tahun, berkata beliau tidak pernah belajar atau mengikuti kelas bahasa Tamil secara khusus, melainkan mempelajari daripada bapanya, Encik Shamrin Maniam, 56 tahun, yang berdarah campuran India dan Cina, atau dikenali Chindian.





